Pengguna
  • 7.1
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
51.0.12017-02-23
Muat turun bulan lepas:
32,770,847
Saiz:
45.11 MB
Pembangun:

Firefox versi terbaru - dan terhebat!

Mozilla Firefox ialah antara pelayar web yang paling popular di dunia dan merupakan salah satu yang mula-mula memecahkan monopoli Microsoft Internet Explorer (IE) di pasaran pelayar web.

Gambaran Ringkas

Mozilla Firefox benar-benar mengubah cara orang ramai melayari web apabila ia memperkenalkan dirinya. Hari ini Firefox masih pelayar yang amat berkuasa dan boleh disesuaikan, walaupun saingan daripada Google Chrome memberikan cabaran hebat.

Ciri-ciri baru

Mozilla Firefox 14 ialah versi terbaru pelayar web popular dan membawa bersamanya beberapa ciri-ciri utama yang baru dan dialu-alukan. Ciri pertama ialah dakwaan syarikat ini tentang pengalaman melayar yang lebih cepat dan lebih selamat. Ujian menunjukkan Mozilla Firefox versi terbaru memang cepat memuat walaupun halaman yang paling tebal grafiknya.

Firefox 14 juga kini mempunyai sambungan yang selamat ketika melakukan carian Google untuk meningkatkan privasi dan ada penunjuk identiti tapak yang dikemaskini di dalam bar URL. Pengguna Windows juga kini diberikan kemas kini senyap manakala pengguna Mac Lion ke atas boleh menggunakan Firefox dalam mod skrin penuh.

Susun atur tab baru Mozilla Firefox sendiri adalah ciri baru yang cukup ketara. Agak sama dengan pelayar Chrome Google, pengguna Firefox tidak akan disajikan halaman kosong apabila tab baru dibuka, tetapi ikon yang menawarkan akses cepat ke segala-galanya daripada penanda buku hingga tapak web yang paling baru diakses dan paling kerap dilawati.

Ikon ini boleh disesuaikan sepenuhnya dalam Mozilla Firefox juga. Anda boleh klik dan heret ikon ke mana-mana tempat yang anda suka pada halaman tab nama anda. Jika anda tidak suka, anda juga boleh ke ikon grid di sebelah kanan atas pelayar anda dan memadamnya terus.

Antara muka Mozilla Firefox 14 tidak banyak berbeza daripada versi sebelum ini, tetapi ciri-ciri yang ditambah membuat pengalaman melayari lebih menyeronokkan secara keseluruhan.

Bagus
  • Lebih selamat ketika melakukan carian Google
  • Lebih pantas memuat
  • Banyak pilihan sambungan
  • Pelayar yang umumnya pantas dan stabil
  • Kemas kini senyap untuk pengguna Windows
Tidak bagus
  • Tiada perubahan penting dalam reka bentuk
  • Kebocoran memori masih ada untuk sesetengah pemasangan
  • Mungkin tidak berfungsi dengan sesetengah add-on

Muat turun: Paling Banyak Pelayar web

  1. Google Chrome

    Pelayar web revolusi Google menawarkan banyak ciri-ciri hebat

  2. Mozilla Firefox
  3. Internet Explorer 8
  4. Opera